Friday, February 22, 2008
Pertahanan Diri (4)
Maksudnya:
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
* Diamalkan setiap kali selepas solat fardhu yang lima. Doa ini diamalkan untuk memohon pada Allah S.W.T agar diberikan keselamatan dan perlindungan daripada segala serangan kejahatan manusia, jin, binatang buas dan daripada segala malapetaka. Insya Allah mujarab.
Monday, December 3, 2007
Ayat Tujuh (7)
Amalan Pertahanan Diri (3)
Mengenai kelebihan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W; iaitu
"dari Abi Said ia berkata : Bahawa Rasulullah S.A.W selalu memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan jin dan manusia sehingga turunnya dua surah (mu'awwizatain) kemudian baginda menggunakannya dan meninggalkan yang lainnya." (hadith riwayat Tirmidzi)
"Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ingatlah, (perhatikanlah) saya ajarkan kepada kalian tentang ta'awudz yang paling ampuh? Ibnu Abbas menjawab, baik, beliau menunjukkan ; iaitu Qul'audzu birabbil Falak dan Qul'audzu birabbin Nas" (hadith riwayat Ahmad)
Kaifiat
1. Al-Fatihah (niat sebagai pendinding)-1x
2. Surah Al-Ikhlas -3x
3. Surah Al-Falaq -3x
4. Surah An-Naas -3x
Kaedah
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Baca ayat-ayat di atas
3. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
4.Tekup kedua belah tangan tadi sambil tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
5. Lakukan 1x, 3x, 5x, 7x (ikut kemampuan dan kesempatan masa yang ada) sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari Insya Allah, Allah akan melindungi pembacanya daripada segala kejahatan manusia, jin, dan syaitan.
Editor: amalan ini amat sesuai diamalkan oleh muslimin dan muslimat yang mengalami gangguan tidur, gangguan jin, semua jenis sihir termasuk santau, guna-guna, santet, dan sebagainya, semua jenis penyakit fizikal, Insya Allah mujarab! harus dilakukan dengan penuh keyakinan dan keimanan yang tinggi pada Allah S.W.T
Monday, November 19, 2007
Amalan Pertahanan Diri (2)
- Makbul segala hajat dan cita-cita.
- Luas rezkinya.
- Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
- Menang dalam peperangan.
- Penerang hati.
- Diajuhkan dari segala penyakit.
- Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
- Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
- Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
- Aman daripada binatang2 buas.
- Air laut menjadi tawar.
- Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
- Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
- Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
- Terselamat dari karam dilaut.
- Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
- Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
- Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
- Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
- Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
- Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
- Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Perhatian!: Untuk mengamalkan Pembacaan Bismillah 7 ini memerlukan Ijazah daripada Guru yang benar-benar arif dalam penggunaannya dan secara berhadapan (face to face), ini bagi mengelakkan efek negatif kepada pengamal yang tiada ijazah (spt gila isim dan sebagainya). Sesungguhnya amalan ini memerlukan keizinan daripada seorang Guru yang haq bagi membolehkan setiap amalan itu mendapat barokah dan rahmat dari Allah S.W.T Insya Allah. Wallahu 'alam Bisshawab.
Amalan Pertahanan Diri (1)
Amalan Pembacaan Ayat Ruqyah
No | Nama Surah | Juzuk | Ayat |
1 | Al-Fatihah | 1 | Seluruhnya |
2 | Al-Baqarah | 1 | 1-5 |
3 | Al-Baqarah | 1 | 102 |
4 | Al-Baqarah | 2 | 163-164 |
5 | Al-Baqarah (Ayatul Kursi) | 3 | 255 |
6 | Al-Baqarah | 3 | 285-286 |
7 | Ali-Imran | 3 | 18-19 |
8 | Al-'Araf | 8 | 54-56 |
9 | Al-'Araf | 9 | 117-122 |
10 | Yunus | 11 | 81-82 |
11 | Toha | 16 | 69 |
12 | Al-Mukminun | 18 | 115-118 |
13 | As-Soffaat | 23 | 1-10 |
14 | Al-Ahqaaf | 26 | 29-32 |
15 | Ar-Rahman | 27 | 33-36 |
16 | Al-Hasyr | 28 | 21-24 |
17 | Al-Jin | 29 | 1-9 |
18 | Al-Ikhlas | 30 | Seluruhnya |
19 | Al-Falaq | 30 | Seluruhnya |
20 | An-Naas | 30 | Seluruhnya |
Keterangan: amalan ini dibaca untuk rawatan bagi segala jenis penyakit zahir, batin dan spiritualitas, khususnya ia dijadikan sebagai penawar bagi penyakit-penyakit yang bersifat spiritualitas seperti gangguan jin, saka, sihir, guna-guna, tuju-tuju, santet, santau, dan sebagainya.
Kaifiat:
a) Al-fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para anbiya', para auliya', kedua ibu bapa, penyusun amalan ini dan untuk seluruh para muslimin dan muslimat di dunia ini yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia (1x)
b) Al-Fatihah (1x) (khusus untuk rawatan / pertahanan) kemudian berdoa mengikut hajat yang diingini;
i) Untuk Kesembuhan penyakit;
"Ya Allah Sembuhkanlah penyakit.....(sebutkan jenis penyakit yang dideritai)................yang ada pada diriku ini tanpa meninggalkan sebarang kesakitan Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum Birahmatika Astaghist (3x)
ii) Untuk Pertahanan Diri, Keluarga, dan Harta Benda;
"Ya Allah Kami berlindung dengan Kemuliaan dan Keagungan Mu dari segala marabahaya yang melata, yang turun dari langit, atau yang keluar dari bumi. Ya Allah peliharakanlah dan lindungilah diri kami, ahli-ahli keluarga kami, harta benda kami dari segala kejahatan manusia, jin, dan syaitan dan di mana-mana sahaja kami berada. Dan kami berlindung dengan Mu Ya Allah daripada azab-azab kubur dan kepanasan Api Neraka. Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum Birahmatika Astaghist (7x)
c) Selawat; Allahumma solli A'laa Muhammad, Allahumma Solli A'laihi Wasallim (3x)
d) Kemudian baca ayat-ayat ruqyah di atas. lakukan amalan ini paling minimum sehari sekali pada bila-bila masa sahaja. sebaiknya dilakukan pada selepas solat subuh atau solat maghrib. Insya Allah, segala marabahaya yang dinyatakan di atas akan terhindar dengan Izin Allah S.W.T. Ameen.
Friday, November 16, 2007
Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
"Sesungguhnya syaithan adalah musuh bagi kalian, maka sikapi mereka sebagai musuh." (Al-Fathir: 6)
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas
orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya
jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.
Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia.(QS.17:53)
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar" (An-Nisa':48)
"....Seandainya mereka mempersekutukan Allah, niscaya lenyaplah dari mereka amalan yang telah mereka kerjakan" (Al-An'am:88)
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang-orang yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk.(Al An'aam:82)
"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: `Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,
sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar`."(Luqman:13)
Sesungguhnya syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya.(QS. 16:99)
Sesungguhnya kekuasaannya (syaitan) hanyalah atas orang-orang yang mengambilnya jadi pemimpin dan atas orang-orang yang mempersekutukannya dengan Allah.(QS. 16:100)
Wallahu A'lam