Monday, November 19, 2007

Amalan Pertahanan Diri (1)

Amalan pertahanan diri ini adalah merupakan suatu mekanisme benteng yang utama dalam menghadapi sebarang jenis penyakit zahiriah, batiniah dan spiritualitas. Amalan ini bukan sahaja diperlukan oleh perawat Islam, namun, pesakit digalakkan untuk mengamalkannya sebagai suatu ikhtiar untuk kesembuhan. Amalan ini sebenarnya bersandarkan 100% pengharapan kepada Allah S.W.T. Semoga Allah melindungi kita semua dari segala marabahaya di dunia dan di akhirat. Amiiiin!



Amalan Pembacaan Ayat Ruqyah

No

Nama Surah

Juzuk

Ayat

1

Al-Fatihah

1

Seluruhnya

2

Al-Baqarah

1

1-5

3

Al-Baqarah

1

102

4

Al-Baqarah

2

163-164

5

Al-Baqarah (Ayatul Kursi)

3

255

6

Al-Baqarah

3

285-286

7

Ali-Imran

3

18-19

8

Al-'Araf

8

54-56

9

Al-'Araf

9

117-122

10

Yunus

11

81-82

11

Toha

16

69

12

Al-Mukminun

18

115-118

13

As-Soffaat

23

1-10

14

Al-Ahqaaf

26

29-32

15

Ar-Rahman

27

33-36

16

Al-Hasyr

28

21-24

17

Al-Jin

29

1-9

18

Al-Ikhlas

30

Seluruhnya

19

Al-Falaq

30

Seluruhnya

20

An-Naas

30

Seluruhnya

Keterangan: amalan ini dibaca untuk rawatan bagi segala jenis penyakit zahir, batin dan spiritualitas, khususnya ia dijadikan sebagai penawar bagi penyakit-penyakit yang bersifat spiritualitas seperti gangguan jin, saka, sihir, guna-guna, tuju-tuju, santet, santau, dan sebagainya.

Kaifiat:

a) Al-fatihah dihadiahkan kepada Rasulullah S.A.W, para anbiya', para auliya', kedua ibu bapa, penyusun amalan ini dan untuk seluruh para muslimin dan muslimat di dunia ini yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia (1x)


b) Al-Fatihah (1x) (khusus untuk rawatan / pertahanan) kemudian berdoa mengikut hajat yang diingini;

i) Untuk Kesembuhan penyakit;

"Ya Allah Sembuhkanlah penyakit.....(sebutkan jenis penyakit yang dideritai)................yang ada pada diriku ini tanpa meninggalkan sebarang kesakitan Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum Birahmatika Astaghist (3x)

ii) Untuk Pertahanan Diri, Keluarga, dan Harta Benda;

"Ya Allah Kami berlindung dengan Kemuliaan dan Keagungan Mu dari segala marabahaya yang melata, yang turun dari langit, atau yang keluar dari bumi. Ya Allah peliharakanlah dan lindungilah diri kami, ahli-ahli keluarga kami, harta benda kami dari segala kejahatan manusia, jin, dan syaitan dan di mana-mana sahaja kami berada. Dan kami berlindung dengan Mu Ya Allah daripada azab-azab kubur dan kepanasan Api Neraka. Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum
Birahmatika Astaghist (7x)


c) Selawat; Allahumma solli A'laa Muhammad, Allahumma Solli A'laihi Wasallim (3x)


d) Kemudian baca ayat-ayat ruqyah di atas. lakukan amalan ini paling minimum sehari sekali pada bila-bila masa sahaja. sebaiknya dilakukan pada selepas solat subuh atau solat maghrib. Insya Allah, segala marabahaya yang dinyatakan di atas akan terhindar dengan Izin Allah S.W.T. Ameen.