Monday, December 3, 2007

Amalan Pertahanan Diri (3)

Al-Mu'Awwizatain

Mengenai kelebihan penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran ini telah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W; iaitu

"dari Abi Said ia berkata : Bahawa Rasulullah S.A.W selalu memohon perlindungan kepada Allah dari syaitan jin dan manusia sehingga turunnya dua surah (mu'awwizatain) kemudian baginda menggunakannya dan meninggalkan yang lainnya." (hadith riwayat Tirmidzi)

"Dari Ibnu Abbas r.a bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W bersabda: Ingatlah, (perhatikanlah) saya ajarkan kepada kalian tentang ta'awudz yang paling ampuh? Ibnu Abbas menjawab, baik, beliau menunjukkan ; iaitu Qul'audzu birabbil Falak dan Qul'audzu birabbin Nas" (hadith riwayat Ahmad)

Kaifiat

1. Al-Fatihah (niat sebagai pendinding)-1x
2. Surah Al-Ikhlas -3x
3. Surah Al-Falaq -3x
4. Surah An-Naas -3x

Kaedah

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Baca ayat-ayat di atas
3. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
4.Tekup kedua belah tangan tadi sambil tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
5. Lakukan 1x, 3x, 5x, 7x (ikut kemampuan dan kesempatan masa yang ada) sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari Insya Allah, Allah akan melindungi pembacanya daripada segala kejahatan manusia, jin, dan syaitan.

Editor: amalan ini amat sesuai diamalkan oleh muslimin dan muslimat yang mengalami gangguan tidur, gangguan jin, semua jenis sihir termasuk santau, guna-guna, santet, dan sebagainya, semua jenis penyakit fizikal, Insya Allah mujarab! harus dilakukan dengan penuh keyakinan dan keimanan yang tinggi pada Allah S.W.T